Selasa, 23 Januari 2018

Tuhan Memujuk Dengan KasihNya



Senyum, sampai akhirnya bibir dah terketar-ketar mengukir senyum. Ikhlasnya sudah hilang. Sejujurnya diri ini sudah berkecamuk dengan pelbagai rasa. Marah, sedih, kecewa. Tapi masih lagi senyum. Ulang kali pujuk diri sendiri "jangan marah, jaga aib diri, jaga aib orang". Ikut hati mahu saja memekik

"diam!"

Sabar...

Sampai tak tertahan, angkat kaki jua, sudahlah, aku penat. Diperli, aib dibuka satu persatu, diejek. Tak tertahan. Longlai saja langkah ku, kepala tunduk, air mata sudah di tebing. Sabar. Kita solat dulu, azan asar pun sudah berlalu.

Wuduk disempurnakan. Takbir diangkat. Akhirnya berjuntaian air mata jatuh. Ya Tuhanh..:( Al-Fatihah dalam kegagapan. Teresak-esak. Dalam payah, dalam berat solat diselesaikan. Itu tuntutan. Kecewa atau gembira, solat itu tetap jadi keutamaa. Usai solat...

Tangan diangkat, doa diungap

"YaTuhan, kau tahu apa yang aku rasa, Kau tahu betapa aku menanggung malu, Kau tahu apa yang terbaik, Kau tunjukkanlah, jika benar aku salah, Kau sedarkan aku, jika sebaliknya Kau tunjukkan kebenarannya" sakit, marah, geram. benci semua diluahkan di tempat yang betul inshaAllah. Sebab aku tahu Tuhan ada.

Mungkin kerana terlalu kecewa, Al-quran aku buka secara rawak.

"dan kerana tuhanmu bersabarlah" Muddassir 7

Diam sejenak. Air mata pun sudah malu untuk keluar. Ya Tuhan, ayat ini memujuk diri, mengajak untuk bersabar, bersabarlah kerana Dia. Dia ada dan Dia maha Tahu.

*********************************************************************************

Untuk hari itu, berpuluh kali aku mengulang ayat yang sama.

"dan kerana Tuhan mu bersabarlah"
"dan kerana Tuahn mu bersabarlah"

Walaupun semua rasa tadi masih belum hilang, sekurangnya ia dapat memujuk aku dari membuat hal yang bukan-bukan.

*********************************************************************************

Kecewa bila orang yang paling rapat berkata yang bukan-bukan tentang kita, sedikit membuka aib kita. its hurt and too much!. tapi memikirkan adab, memikirkan kebaikan tetaplah senyum, tetaplah diam.

Aku tahu, Tuhan Maha Kaya. Akhir,  katanya aku itu ini, Tuhan turunkan kepada dirinya.

"apa saja yang kita katakan kepada orang, apa saja yang kita nilai orang, itu sebenarnya adalah kita sedang menilai diri kita sendiri, sedang membuka aib sendiri"

Dalam bercakap, berjaga-jagalah. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Jangan sampai apa saja yang kita lontarkan menjadi doa buat diri kita sendiri.

Berkata-kata baik atau diam? pilihlah.

Aku tetap berpegang dengan ayat ini "dan kerana Tuhanmu BERSABARLAH"... Riak wajah aku sendiri mungkin berubah, aku manusia, cuma aku tidak sepandai kamu untuk bebas berkata-kata. Banyak hati untuk dijaga. Aku percaya, nanti kau penat, kau berhentilah. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan