Selasa, 23 Januari 2018

Tuhan Memujuk Dengan KasihNya



Senyum, sampai akhirnya bibir dah terketar-ketar mengukir senyum. Ikhlasnya sudah hilang. Sejujurnya diri ini sudah berkecamuk dengan pelbagai rasa. Marah, sedih, kecewa. Tapi masih lagi senyum. Ulang kali pujuk diri sendiri "jangan marah, jaga aib diri, jaga aib orang". Ikut hati mahu saja memekik

"diam!"

Sabar...

Sampai tak tertahan, angkat kaki jua, sudahlah, aku penat. Diperli, aib dibuka satu persatu, diejek. Tak tertahan. Longlai saja langkah ku, kepala tunduk, air mata sudah di tebing. Sabar. Kita solat dulu, azan asar pun sudah berlalu.

Wuduk disempurnakan. Takbir diangkat. Akhirnya berjuntaian air mata jatuh. Ya Tuhanh..:( Al-Fatihah dalam kegagapan. Teresak-esak. Dalam payah, dalam berat solat diselesaikan. Itu tuntutan. Kecewa atau gembira, solat itu tetap jadi keutamaa. Usai solat...

Tangan diangkat, doa diungap

"YaTuhan, kau tahu apa yang aku rasa, Kau tahu betapa aku menanggung malu, Kau tahu apa yang terbaik, Kau tunjukkanlah, jika benar aku salah, Kau sedarkan aku, jika sebaliknya Kau tunjukkan kebenarannya" sakit, marah, geram. benci semua diluahkan di tempat yang betul inshaAllah. Sebab aku tahu Tuhan ada.

Mungkin kerana terlalu kecewa, Al-quran aku buka secara rawak.

"dan kerana tuhanmu bersabarlah" Muddassir 7

Diam sejenak. Air mata pun sudah malu untuk keluar. Ya Tuhan, ayat ini memujuk diri, mengajak untuk bersabar, bersabarlah kerana Dia. Dia ada dan Dia maha Tahu.

*********************************************************************************

Untuk hari itu, berpuluh kali aku mengulang ayat yang sama.

"dan kerana Tuhan mu bersabarlah"
"dan kerana Tuahn mu bersabarlah"

Walaupun semua rasa tadi masih belum hilang, sekurangnya ia dapat memujuk aku dari membuat hal yang bukan-bukan.

*********************************************************************************

Kecewa bila orang yang paling rapat berkata yang bukan-bukan tentang kita, sedikit membuka aib kita. its hurt and too much!. tapi memikirkan adab, memikirkan kebaikan tetaplah senyum, tetaplah diam.

Aku tahu, Tuhan Maha Kaya. Akhir,  katanya aku itu ini, Tuhan turunkan kepada dirinya.

"apa saja yang kita katakan kepada orang, apa saja yang kita nilai orang, itu sebenarnya adalah kita sedang menilai diri kita sendiri, sedang membuka aib sendiri"

Dalam bercakap, berjaga-jagalah. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Jangan sampai apa saja yang kita lontarkan menjadi doa buat diri kita sendiri.

Berkata-kata baik atau diam? pilihlah.

Aku tetap berpegang dengan ayat ini "dan kerana Tuhanmu BERSABARLAH"... Riak wajah aku sendiri mungkin berubah, aku manusia, cuma aku tidak sepandai kamu untuk bebas berkata-kata. Banyak hati untuk dijaga. Aku percaya, nanti kau penat, kau berhentilah. :)




Rabu, 26 Julai 2017

Kisah Kosong Yang Berisi "AKU"

Panas. Matahari sendiri tegak gah di langit. Ais saki baki atas meja semakin meleleh. Proses kondensasi galak berlaku di dinding-dinding gelas. Langkah semakin laju, peluh semakin terasa mencurah seperti lajunya air banjir. 

"aku kena jalan cepat, panas niee"

Hati yang kosong terus memberi semangat pada diri sendiri. Masakan "aku" ingin menyerah, "aku" ingin cepat pulang, mandi, menjamu masakan emak  "aku". "Aku" berjalan dengan menggalas beg sekolah yang berat, "aku" bakal menghadapi peperiksaan PMR.

_________________________________________________________________________________

hari itu hari kelahiran budak "aku", wah gembiranya "aku" bukan kepalang lagi.

"mak, nak beli aiskrim, hari ni birthday kita"

_________________________________________________________________________________

Petang, dihari yang sama, hari birthday "aku", walau tiada sepotong kek, tiada sebatang lilin untuk ditiup mati apinya, walau tiada sepinggan bihun untuk dijamu, bahkan kertas dinding yang ditulis "selamat hari lahir", "aku" tetap biasa-biasa. Bukan kebiasaan bagi "aku" untuk menyambut itu semua. 

Buku sekolah dibuka, kuih terhidang di depan mata. Agenda "aku" sambil makan sambil siapkan kerja sekolah. Bertuah sungguh budak "aku" ini. 

Buku mata pelajaran sains dibuka, pensil yang matanya kontot dicapai, "aku" melukis meniru gambaran pada buku teks.

"aku" bukanlah tangan seni, tapi "aku" cuba sebaik mungkin. Melukis sambil makan kuih hijau yang sedikit lembik. Kuih yang dipegang pada tangan kiri jatuh atas buku. Tangan "aku" mengesat kasar halaman buku. Bukanlah menjadi masaah bagi "aku".

_________________________________________________________________________________

Di bilik yang sama. pintu ditolak. owh, kakak kepada "aku"rupanya. 
Kakak "aku" duduk di depan "aku". Muka penuh seribu perkataan yang mahu diluah.

"dik, mak dengan ayah pisah dah, nanti nak duduk dengan siapa"

"aku"? 

diam bukanlah jawapan bagi budak seperti "aku".

""Aku" mahu duduk di rumah ini"....

Senyap, diam.

Kakak "aku" keluar dari bilik.

_________________________________________________________________________________

Air mata budak "aku" jatuh memecah dakwat garisan buku. 

Ahhhh!! "aku" cepat-cepat habiskan kuih, sambil air mata pecah takung. Air mata "aku" dikesat kasar, rakusnya si "aku". 

"aku bukan bodoh perlu menangis" tapi air mata si "aku" tetap lebat. Degil juga air matanya.

Sampai akhirnya si "aku" ketiduran berbantalkan buku kerja sekolah yang lunyai dengan air mata. Fikiran si "aku" sungguh-sungguh kosong.
_________________________________________________________________________________

Mata yang pisat dikesat gopoh, si "aku" terus mengemas buku-bukunya. sedikit pun tidak dihiraukan akan keadaan bukunya, remukkah? koyakkah? Tiada dalam fikiran si "aku".

langkah si "aku" di teruskan ke dapur, pinggan yang dihiasi kelompok bunga dicapai. Mungkin bunga itu untuk menambah selera si pemakan, tapi si "aku" tidak memikirkan itu semua.

_________________________________________________________________________________

Si "aku" terus mengunyah nasi berlaukkan masakan kampung dengn perasaan "AKU JANGAN SEDIH!!"
_________________________________________________________________________________

Yaa.. si "aku" itu adalah aku yang sedang mengetuk kekunci komputer riba. Aku yag tidak pernah beria untuk menyambut hari lahirnya sendiri, yang tidak pernah akan kisah jika tiada orang mengingatinya, kerana hadiah paling aku suka adalah aku sendiri akan menghadiahkan surah yaasin untuk diri aku sendiri. Untuk hati aku, jiwa aku. 

Moga aku tidak pernah lupa siapa aku. Aku yang sentiasa belajar untuk senyum, untuk hormat orang. 

Perpisahan mak da ayah tidak pernah menjadikan asbab untuk aku menjadi manusia yang rosak. Tidak perlu sekali pon aku menjadikan perpisahan mereka sebagai tiket untuk aku memberontak. 

Aku pernah menangis di sekolah sambil memeluk ayah. Ye aku anak ayah. Masih aku ingat, ketika sedang menjalani latihan pimpong, aku berlari keluar dewan memeluk ayah.. 

HAHHAHHAHAHAHHA. Tanpa malu, kerana dia satu-satunya lelaki yang tidak pernah sekali pun mengecewakan aku.

Kawan aku kehilangan ibu, tapi aku masih ada ibu. bersyukurlah. 

Kawan aku ayahnya sakit terlantar, ayah aku masih sihat alhamdulillah, bersyukurlah.

Kuat. Sabar. 

Iya, aku terasa diuji, tahun yang sama akan menghadapi peperiksaan PMR, dengan pertanyaan orang sekeliling yang bingit lebih sudu dari kuah. Tapi aku diam. Aku telan. Sabar. Sabar. Senyum, walau dalam hati aku menyumpah seribu, bahkan berbakul-bakul.

Bukan hipokrit, tapi aku diajar menjaga adab, aku diajar menjaga nama keluarga. 
_________________________________________________________________________________

Kenangan inilah yang mengajar aku menjadi kuat, yang mengajar aku erti sabar, yang aku tahu tidak akan pernah ruginya menjadi ornag yang sabar, walaupun kadang-kadang aku jua hilang sabar. 

Aku percaya Allah sudah melukis cantik-cantik akan kisah hidup aku sekeluarga. Cantiknya perancangan Allah sampaikan tidak akan ada cacat cela, yang cacatnya adalah kita sendiri.

Jarang sekali munasabah diri, jarang sekali bersyukur dengan ujian Dia. 

Setiap ujian kita tidak akan pernah sama wahai diri, kerana aku adalah aku, dan engkau tidak akan pernah menjadi aku, malahan aku sendiri tidak pernah mahu menjadi engkau.

_________________________________________________________________________________


Sedikit coretan dari aku. 

Moga hidup dengan tenang-tenang

Moga Allah rahmat semua

_________________________________________________________________________________

Ikhlas,
AKU


Selasa, 22 Disember 2015

-Kekuatan-

Jujur aku katakan hati aku letih
letih segalanya tentang dia
Tentang dinginnya dia
Tentang berubahnya dia
tentang tipunya dia pada aku
Tentang tidak jujurnya dia pada aku

Letihnya aku pujuk diri
Penatnya aku yang dia tidak ambil tahu

Tapi,

Di sebalik penatnya aku, letihnya yang aku kunyah telan perlahan, yang selalu aku kata ''xdak pape pn''
Aku mendapat kekuatan

kuatnya aku agar tidak ditipu
Kuatnya aku agar lebih berhati-hati
Kuatnya aku untuk aku
Kuatnya aku untuk simpan semua..

Allah ada walau manusia menjauh

syukur...

Allah tahu aku tidak sekuat Zulaikha
Allah tahu apa yang aku tidak tahu

Kerana itu

Allah tunjukkan semua
Allah buka hati aku

tetiba hati terasa sebak,
aku salah, cepat marah pada caturannya sedangkan aku tahu

''allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya''

biarlah..

aku rela hilang manusia yang tidak jujur dan tetap hatinya dari aku hilang ''siapa diri aku''

perlahan aku senyum...

betul kata kawan ku

''tinggal manusia yang tidak pandai menghargai diri kita''

Syukur Allah tunjukkan siapa kamu...

Khamis, 19 November 2015

-Demi Waktu Yang Terus bergerak-

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat dan menasihati menetapi kesabaran" (Al Ashr: 1-3)

waktu itu dilihat mata kasar tidak punya kaki malahaan tidak beralas sepatu lagi, manakan mungkin boleh bergerak pantas, tapi lupa kita waktu ini sesuatu yang boleh dirasai apabila kita manfaatkan ia, ajaibnya waktu ini kerana ia boleh berlari dengan pantas tanpa menunggu sesiapa pun hatta orang tersebut mempunyai pangkat dan darjat yang tinggi.

jika dibiar waktu ini terus berlalu dengan sia-sia, tanpa manfaat terusanlah manusia akan mengalami kerugian yang amat bersar yang tidak mungkin dapat ditebus lagi. kerugian ini yang hanya akan dirasakan apabila semuanya sudah berlalu.

waktu itu tidak akan kembali, ia selalu berlari tiada perlahan. pada setiap langkah yang suci itu, tinggal kita yang memilih untuk mengisi dengan jejak sejarah dan karya. Atau hanya berkhayal dan bermimpi dengan hari esok yang belum tentu indah dan esok belum tentu akan menjadi milik kita.

umur kita berada dalam lingkungan waktu yang terusan berlari meninggalkan tuannya yang mungkin hanyut dalam syurga dunia, Hargai umur kita dengan terus membuat kebaikan hingga berkesan di hadapan Allah S.W.T.

umur kita, meskipun tidak tidak selalu menanjak, tetapi setidaknya seharusnya ada gelombang-gelombang atau lompatan-lompatan yang menunjukkan bahawa kita menghargainya, memuliakan setia minit dan detik dengan berbuat manfaat yang berkesan dan juga berharga.

pada sebab pada akhirnya nanti, saat-saat indah itu nanti akan membuat kita disanjung dihadapan Yang Maha Esa.

Aminn moga dikurniakan hati yang cekal untuk memanfaatkan masa dan umur yang diberikan.. umur dan masa yang dibekalkan Yang Esa sudah cukup untuk menjamin kita ke syurgaNya, cuma kita yang selalu mensia-siakan masa yang diberikan..

sesibuk mana pun kita jangan sesekali lupa Dia, kerana selalu kita ungkapkan "Allah tidak pernah jauh" tapi tanpa sedar kita yang selalu beranjak jauh dari Dia, alasannya sibuk dengan urusan dunia. Letakkan akhirat dihati maka kita tidak akan melupakan Dia..

 ADAKAH KITA SELALU ADA DENGAN DIA??!!

Khamis, 12 November 2015

-Sesamar Bayang-

semalam menggasak jiwaku
meneroka sesuatu

banyangan yang melintas dari gugus mentari
siang menerik dan hangat memekik
menjarah lelah yang tersimp, lebih lama
ilham dan rumpun memasang kelumit bara
pada hamba berdosa, dia yang sendirinya

lama kau menukang cinta
dari ufuk damai dan hujan mesra 
bak air mencurah keladi tak basah
tersengguk dari lena mimpi brdarah
luka yang pertama kalinya mendera gelisah
sedarlah aku pada garis gelisah
terukir cinta bernanah

sesamar bayang yang melintas 
begitu cintaku 
tak terbalas

#Mohd Hafizul Faiz
#SaatAkuTergelincirLagi


-Kawan Sahabat Teman-


Benarlah benda yang paling susah nak diungkap itu adalah "aku sayang kamu sahabat".. kenapa susuh? mungkin kerana kita takut tersalah ungkap kepada orang yang salah.. Terima kasih pada Tuhan kerana sentiasa mengirimkan aku sahabat-sahabat yang baik, yang "sekepala" yang sentiasa ada, yang sentiasa menegur..

dari sekolah sampai ke universiti Allah sentiasa mendampingkan aku dengan sahabat-sahabat yang soleh.. aku ingat pesan mak,, "jauh mana kita pi berkawan lah dengan orang yang baik-baik biar kita ikut perangai baik tu"..

Kenangan bersahabat di sekolah tak pernah aku lupa, sampai kadang subhanallah aku rindu kalian, rindu nak jadi macam dulu-dulu,, masing-masing sibuk dengan pelajaran, iyaa kita berkorban dulu, ingat doa aku sentiasa bersama kalian.. kenangan terbaik yang aku pelajari dari kalian,, makan sama-sama, mandi sama-sama, study sama-sama,, basicly semua kita buat sama-sama.. even masing-masing duduk jauh tapi kita tetap tersa dekat.. aku rindu kalian sangat-sangat!!

Diaturkan Allah aku seorang yang berada jauh dari kawan-kawan sekolah,, aku seorang berada di utara tanpa teman,, perasaan bercampur baur, gembira, sedih yang pasti,, aku fikir tidak akan jumpa lagi kawan-kawan yang memahami tapi allah itu sentiasa memakbulkan doa hambanya cuma akan dilepaskan doa tersebut sedikit demi sedikit ikut masa dan keadaan hambanya, Allah tahu ini tidak boleh berseorang, Haih!! nak pi cafe seorang pon aku malu ni pulak nak duk sorang-sorang utara..
Allah hantarkan aku sahabat yang perangainya sama dengan kawan-kawan sekolah, aminn.. tapi prinsip aku " bila dah dapat cucu jangan lupa atuk" maknanya bila dah dapat yang baru jangan lupa yang lama..

Hidup jauh dari kawan-kawan buat aku belajar banyak hal.. Ya allah tidak pernah kecewakan aku, dihantarnya sahabat-sahabat yang baik, yang memahami, yang soleh, yang sentiasa buat aku dekat dengan Nya..

Terima Kasih Allah kerana sentiasa dekatkan aku dengan sahabat-sahabat yang sentiasa dekat dengan Mu...
btw kawan-kawan aku dah belajar sikat tepi.. hahhahahhahahhahahahhahaha
aku ungkap kalimat berharga malam ini,, AKU SAYANG KALIAN dan terima kasih kerana buat aku dekat dengan Nya....

avatar
z
pekcutt

Rabu, 11 November 2015

-Al Fatihah-

selama nafas dalam dunia ini sekali pernah aku merasai kehilangan, benar-benar terasa sampai berkali-kali aku tertanya diri sendiri "betul kah?".. hilang seorang sahabat dari kecil, seorang sahabat sepermainan, sahabat main bola, main banjir.. subhanallah doa untuk kamu tidak pernah putus, kamu tetap kawan...

kau datang lagi, mungkin itu cara Allah mengigatkan aku bahawa yang hidup pasti akn mati, mungkin itu cara Allah mengigatkan aku bahawa hidup ini tidak akan kekal, mungkin juga Allah sedang memberi patanda bahawa Dia akan menjemput aku.. 

senyum, suara kamu tidak pernah aku lupa,, 

bagaimana keadaan aku tika Allah akan mengambil aku nanti semuanya bergantung pada amal ku.. amal yang hanya setitik dari air lautan.. mati tiada siapa yang boleh lari..

kalau lah masa boleh di putar, kembali pada masa dulu-dulu, masa kanak-kanak.. kalau... tapi jangan dipita benda yang dah mungkin tak akan kita perolehi..